Friday, November 13, 2009

Bencana Alam

Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumiitu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam 12:00 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam duniapada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 12:00 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 12:00 pagi. Satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi punberteriak kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!


Tuesday, November 10, 2009

Kisah di makmal sekolah

Ketika dalam makmal , Kamarul dimarahi oleh Cikgu Azman yang memang terkenal kerana terlalu ‘’street’’.

Kamu tahu kan, semua murid mesti membawa tikus untuk amali. Tapi kenapa kamu bawa hamster ? Kata Cikgu Azman.

Tapi cikgu, ini kan tikus, bukannya hamster Jawab Kamarul.

Itu saya tak mahu tahu. Sekarang kamu keluar. Jangan masuk makmal saya sebelum kamu membawa tikus, marah cikgu Azman.

Dengan longlai Kamarul menuju keluar makmal. Di pintu pagar, Kamarul terserempak dengan Ah Seng, rakan sekelasnya yang kebetulan terlambat.

Kenapa? tanya Ah Seng. Saya diusir keluar dari makmal kerana cikgu kata saya membawa hamster jawab Kamarul sambil menunjukkan tikusnya. La… ini tikus lah, bukan hamster. Tak apa, biar saya yang bercakap dengan Cikgu Azman. Ketika mereka sampai di depan makmal, belum sempat Ah Seng hendak bercakap sepatah katapun, Cikgu Azman sudah menengking : Kamarul, kamu ni mengapa? Tadi kamu bawa hamster, sekarang kamu bawa monyet pulak.

Saturday, November 7, 2009

Berat lembu jantan lebih 1,587kg


NORTH PETHERTON, England - Seekor lembu jantan yang beratnya lebih 1,587 kilogram (kg) dan berusia lapan tahun dipercayai paling berat di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu memiliki berat 1,587kg selepas ia ditimbang pada tahun lalu tetapi berat sebenar lembu tersebut pada tahun ini masih belum diketahui.

Lembu jantan tersebut akan ditimbang semula pada satu pertandingan amal yang meminta orang ramai meneka berat haiwan itu.

Pemilik lembu itu, Arthur Duckett, 79, tidak menyatakan jumlah sebenar berat haiwan itu tetapi memberitahu ia lebih berat pada tahun lalu.

"Dia (lembu itu) masih membesar. Lembu itu seekor haiwan yang baik. Saya menyukainya," kata Duckett.

Menurutnya, dia mencabar orang ramai untuk meneka berat sebenar lembu itu pada pertandingan amal di North Petherton, Somerset pada 7 Disember ini.

Singa makan daging depan mata


VICTORIA - Beberapa pelancong teruja seekor singa memakan daging mentah di atas bonet sebuah jip yang dinaiki mereka di Zoo Werribee di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Aksi singa itu merupakan daya tarikan terbaru di zoo tersebut yang dibuka sejak 2006.

Satu pasangan pelancong, Robyn dan Davin Price yang berumur 34 tahun membawa tiga anak mereka melawat zoo itu pada Jumaat lalu.

Robyn berkata: "Ia merupakan sesuatu yang mengagumkan. Pada mulanya kami berasa takut."

Menurut Davin, anak-anaknya cuba untuk menyentuh singa itu.

"Ia merupakan satu idea yang bijak. Anda tidak pernah berada dekat dengan haiwan yang menakjubkan ini," katanya.

Monday, September 28, 2009

Engine Services 2009



1. cleaning head


2. adjusted block


3. block behind

Tuesday, September 8, 2009