Wednesday, February 25, 2009

kisah bdk-bdk sekolah


Salah sebuah sekolah menegah dari simpang rengam membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu. "Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni..." pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya. "Nak buang air besar.....? Hishhh.., perasaan awak sahaja tu!!" sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain. "Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni" rayu murid itu. "Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik" balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu. "Tolonglah Pak Cik....." rayu murid itu terus. "Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu....." Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi. Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi. "Eh..., awak berak ke? Busuknya...???" Murid itu pula dengan selamba menjawab. " Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun....!!!""

Friday, February 13, 2009

Menangani gejala mat rempit

Di Malaysia kini sering kedengaran masalah mat rempit yang sering kali berkumandang di udara...
apakah tiada kesudahannya tentang gejala yang berlaku ini... apabila masalah mat rempit ini timbul, banyak pula istilah yang muncul seperti mak bapak dok nganga di rumah tanpa mengetahui kegiatan anak mereka...

Apakah gejala yang kian parah itu harus dipersalahkan pada keluarga sahaja...
adakah masalah mat rempit ini berlaku di negara eropah seperti England, Germany dan France....
agak pelik sekiranya gejala mat rempit berlaku di eropah kerana negara2 tersebut telah menyediakan litar bagi mereka yang ketagih untuk berlumba dan ini seterusnya mengurangkan kemalangan di negara tersebut...
anak2 muda kini kian alpa dan leka.. kurangnya motivasi pada dirilah yang sebenarnya telah menyebabkan kepada gejala tersebut...

anak-anak muda perlu didedahkan kepada aktiviti berfaedah seperti pertanian, keusahawanan agar kewujudan mereka memberi faedah kepada negara...
sesuatu perlu dilakukan agar mereka tidak terus terjerumus ke dalam kegiatan yang tidak bermanfaat... perkara ini perlu difikirkan oleh kebanyakan pihak supaya masalah ini dapat dikurangkan....

Perjalanan scholari tersungkur di chelsea


suatu masa dahulu scholari pernah dibanggakan dengan kejayaannya membimbing pasukan brazil yang begitu gah sekali di arena antarabangsa...

ini telah memikat antara kelab terkaya di England iaitu chelsea yang ditunjangi oleh seorang jutawan...

perlawanan demi perlawanan telah ditempuhi, namun kemenangan yang diinginkan oleh kelab tersebut kian suram...

scholari kerap kali mempertahankan kelabnya apabila berlaku kekalahan... pencapaian scholari kian menjunam di chelsea ibarat telur dihujung tanduk... pemilik kelab yang agak sangsi dengan pencapaian scholari di dalam membimbing kelab telah mengambil keputusan yang agak drastik dengan memecat scholari...

apakah nasib scholari selepas ini, nnti kannya.....

Wednesday, February 11, 2009

bagaimana nak berjaya dalam hidup...

masa kecik2 dulu mak aku sering mengingatkan aku supaya rajin blaja... tapi aku macam malas je nak blaja... aku rasa blaja mcm menyempit kan otak aku je... bak kata orang tua2, sekilas ikan di air sudah tahu mana yang pandai dan yang bongok nya...

aku suka keluar dengan kawan2 aku.... lebih luas otak aku sikit sbb slama ni aku rasa otak aku mcm smpit je... nak masuk kan satu buku mate pun susah.... kadang2 aku terasa jugak nak berhijrah kat london... baru up to date ckit... tapi mak aku ckp makan aku sendiri pun aku x dapat nak tanggung... aduh susah mcm ni... dlm hati aku berkata... dari hari tu aku cuba memikirkan sesuatu yang boleh buat duit... mcm2 r aku buat.. berniaga, menternak, menanam, mencangkul, menolak, menambah, memberi dan menerima... bak kata orang tua2 hangat2 tahi ayam je apa yang aku buat... korang tau ke maksud peribahasa tu, mesti tak tahu, maksudnya tahi yang tengah panas...

aku terasa hina skali dengan peribahasa tu... aku membulatkan hati aku untuk berusaha dengan bersungguh2... akhirnya aku merasakan apa yang mak aku cakap tu betul jugak, sbb baru aku teringat yang syurga ada kat tapak kaki ibu, patut r slama ni aku nampak kaki mak aku mcm ada cahaya pendaflour je...

dari hari tu aku mulakan hidup aku dengan blaja bersungguh2, dan akhirnya aku nampak jugak cahaya kegemilangan kat betul2 tepat kat mata aku, dari hari tu jugak baru aku tahu maksud peribahasa iaitu usaha tu tangga kejayaan sbb slama ni letih aku cari maksud peribahasa tu kat dalam kamus dewan...

aku rasa tu jelah cara kalau kita nak berjaya dalam hidup... hi2... tapi kita jangan lupa jugak tuhan.... penting... aku terasa mcm nak tido r... ZZZ

Wednesday, February 4, 2009

Fakta-fakta Menarik

  1. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.
  2. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,
  3. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
  4. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
  5. Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
  6. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
  7. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
  8. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  9. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
  10. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan