Wednesday, February 11, 2009

bagaimana nak berjaya dalam hidup...

masa kecik2 dulu mak aku sering mengingatkan aku supaya rajin blaja... tapi aku macam malas je nak blaja... aku rasa blaja mcm menyempit kan otak aku je... bak kata orang tua2, sekilas ikan di air sudah tahu mana yang pandai dan yang bongok nya...

aku suka keluar dengan kawan2 aku.... lebih luas otak aku sikit sbb slama ni aku rasa otak aku mcm smpit je... nak masuk kan satu buku mate pun susah.... kadang2 aku terasa jugak nak berhijrah kat london... baru up to date ckit... tapi mak aku ckp makan aku sendiri pun aku x dapat nak tanggung... aduh susah mcm ni... dlm hati aku berkata... dari hari tu aku cuba memikirkan sesuatu yang boleh buat duit... mcm2 r aku buat.. berniaga, menternak, menanam, mencangkul, menolak, menambah, memberi dan menerima... bak kata orang tua2 hangat2 tahi ayam je apa yang aku buat... korang tau ke maksud peribahasa tu, mesti tak tahu, maksudnya tahi yang tengah panas...

aku terasa hina skali dengan peribahasa tu... aku membulatkan hati aku untuk berusaha dengan bersungguh2... akhirnya aku merasakan apa yang mak aku cakap tu betul jugak, sbb baru aku teringat yang syurga ada kat tapak kaki ibu, patut r slama ni aku nampak kaki mak aku mcm ada cahaya pendaflour je...

dari hari tu aku mulakan hidup aku dengan blaja bersungguh2, dan akhirnya aku nampak jugak cahaya kegemilangan kat betul2 tepat kat mata aku, dari hari tu jugak baru aku tahu maksud peribahasa iaitu usaha tu tangga kejayaan sbb slama ni letih aku cari maksud peribahasa tu kat dalam kamus dewan...

aku rasa tu jelah cara kalau kita nak berjaya dalam hidup... hi2... tapi kita jangan lupa jugak tuhan.... penting... aku terasa mcm nak tido r... ZZZ

No comments:

Post a Comment